Cinta
itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat
manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan
gembira kerana itu.
Dalam
memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis
nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam
cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi
yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi
keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta
itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta
akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa
cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma
manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada
belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas
mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat
dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih
bersih.
Cinta Bersedia
Bila
sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu
bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima
cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia
untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan
kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun
kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya
itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci
murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta
antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya
persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu
menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk
bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam
bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat
cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak
untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin
ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada
asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang
patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa
membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu
dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika
tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta
adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan
gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata
cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang,
benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu
hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar
cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana
yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia
tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna
ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci
bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba
mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna
menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta
suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta
itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal
sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada
anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda
terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak
berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat
silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai
cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu
walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu
mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda
sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan